Helah seorang penghantar barang kurier sambilan melarikan diri dari satu Sekatan Jalan Raya membongkar kegiatan penagihan dadah pemandu berkenaan.
Lelaki yang berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang Selasa oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman yang sedang melakukan operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP, di kawasan tersebut.